🔗 ⚙️

Di Mana from Jerayawara by Mesin Merentas Masa

Tracklist
3.Di Mana4:33
Lyrics

Di mana harus ku bawa diriku ini
Biarkan aku berjalan seorang diri
Tiada hala tuju untuk ku kecapi
Zaman kegemilangan berlalu pergi

Aku tewas
Aku tumpas
Aku cemas
Aku terhempas

Di mana harus ku usung jasad ku ini
Keliru antara mimpi dan realiti
Solusi, setiap hari tercari-cari
Ataupun aku menipu sendiri

Di mana mahu tempatkan roh aku ini
Ku sedar ada kehidupan pascamati
Tetapi mengapa aku masih begini? 
Berubah mencorak langkah baru sekali lagi

Aku tewas
Aku tumpas
Aku cemas
Aku terhempas

Aku terlepas
Aku terjejas
Aku lemas
Namun masih bebas 
Untuk bernafas

Credits
from Jerayawara, released January 29, 2021
LicenseAll rights reserved.
Tags
Recommendations