Pantai Terbakar from Contoh by Zim Bangun Zim
Tracklist
1. | Pantai Terbakar | 4:23 |
Lyrics
Bersiar bersama,
Diri mu yang luka
Berjemur tengah panas,
“Bertenang”, kata mu, cemas
Selebriti yang sudah mati
Hidup dalam mimpi lagi
Liriknya dalam memori,
Walau sumbang dinyanyi,
Terlena dalam kereta,
Dah tua, walau belum muda
Di hujung Cherating
Main Meet Uncle Hussein,
“Tiada bintang dapat menerangkan“
Mata mu yang ligat kerisauan
Bila subuh nanti pergi
Jangan lupa jaga diri
Ha ha, Pantai Terbakar
Semua indah, telah cemar
Ganti segala ragu,
Isi dengan kenanganmu,
Duduk hotel Awana,
Mahu selama-lamanya,
Orang lain yang jaga
“Bertenang”, kita kerja lebih masa
Yang sudah kesuntukan jiwa
Pasang TV cuaca dunia
Laut surut, engkau kecewa
Usah kisah di luar sana
Ha ha, Pantai Terbakar
Semua indah, telah cemar
Ganti segala ragu,
Isi dengan kenanganmu,
Semasa kau ditangkap,
Dihumban masuk dalam lokap,
Ludah ke muka polis
Dipukul segala sisi yang romantis
Dulu perasan hero cerita P. Ramlee
Kini nyata kau hanya Sazali
Yang benar hanya tragedi,
Sekurang-kurangnya ada movie
Ha ha, Pantai Terbakar
Semua indah, telah cemar
Ganti segala lagu,
Isi dengan kenanganmu,
Tapi yang mana satu?